Jumaat, 10 Mei 2013

Kata Nama

B1DL1E2






B. Kata Ganti Nama

Kata ganti nama terdiri daripada:
Kata ganti diri (pertama, kedua dan ketiga)
Kata ganti diri singkatan.
kata ganti tanya
kata ganti tempat
kata ganti tak tentu

Kata ganti diri pertama
digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap.
Kata ganti diri pertama dan penggunaannya:-
aku digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan tuhan.
saya digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenali atau dalam susana yang rasmi.
beta digunakan oleh sultan apabila bertitah kepada rakyat
patik digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan.
kami diguna kepada diri orang yang berkata serta tenmannya apbila bercakap dengan orang kedua.
kita digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua.

Kata Ganti Diri Kedua.


Merujuk kepada diri orang yang bercakap dengan kita.
Kata ganti diri kedua dan penggunaannya:-

anda digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita.
awak digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya  dengan kita.
engkau digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan.
tuanku digunakan apabila bercakap dengan sultan atau raja.
kamu digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.

Kata Ganti Diri Ketiga 

digunakan untuk merujuk kepada diri orang ketiga ketika bercakap.
Kata Ganti Diri Ketiga dan penggunaannya:-

baginda digunakan untuk raja dan sultan.
beliau digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya ibu, bapa,guru dan pemimpin.
dia dan ia digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan.
mereka digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...