Jumaat, 10 Mei 2013

Kata Nama

B1DL1E2






B. Kata Ganti Nama

Kata ganti nama terdiri daripada:
Kata ganti diri (pertama, kedua dan ketiga)
Kata ganti diri singkatan.
kata ganti tanya
kata ganti tempat
kata ganti tak tentu

Kata ganti diri pertama
digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap.
Kata ganti diri pertama dan penggunaannya:-
aku digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan tuhan.
saya digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenali atau dalam susana yang rasmi.
beta digunakan oleh sultan apabila bertitah kepada rakyat
patik digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan.
kami diguna kepada diri orang yang berkata serta tenmannya apbila bercakap dengan orang kedua.
kita digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua.

Kata Ganti Diri Kedua.


Merujuk kepada diri orang yang bercakap dengan kita.
Kata ganti diri kedua dan penggunaannya:-

anda digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita.
awak digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya  dengan kita.
engkau digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan.
tuanku digunakan apabila bercakap dengan sultan atau raja.
kamu digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.

Kata Ganti Diri Ketiga 

digunakan untuk merujuk kepada diri orang ketiga ketika bercakap.
Kata Ganti Diri Ketiga dan penggunaannya:-

baginda digunakan untuk raja dan sultan.
beliau digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya ibu, bapa,guru dan pemimpin.
dia dan ia digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan.
mereka digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang.




Latihan Interaktif

B2DL2E2







                            Bahasa Melayu Tahun 1 from cikgu paklong



Latihan Mudah

B1DT1E2





Isikan tempat kosong dengan kata nama am.

kawan      ayam      pasar       bola      murid      mata

1. Roslin _____________ tahun satu.
2. Kamal dan Adi suka bermain ____________ sepak.
3. Yasmin suka makan ______________ goreng
4. Lia mengikut ibu ke _______________ malam.
5. Siti dan Ani berkawan ______________ sejak kecil.
6. Ayah membeli cermin _______________ baru.


Latihan

B1DT1E2






Lengkapkan ayat dengan kata ganti nama diri yang sesuai.

dia          kami          saya         mereka         kita

1. Cikgu memarahi__________ kerana bermain semasa
    belajar.

2. ________ menangis kerana duitnya hilang.

3. Ini kucing_________. Namanya comot.

4. Zeti, Aida dan Nisa pergi ke sekolah. __________ berjalan
    kaki.

5. ________ dikehendaki menghormati Jalur Gemilang.


Khamis, 9 Mei 2013

Ujian Kendiri

B2DT1E2

UJIAN KENDIRI



Ujian Bahasa Melayu Tahun 1
Isi tempat kosong dengan kata kerja yang sesuai.
1. Bayi itu ______________ kerana lapar.
2. Jun Hao suka ______________ bola sepak.
3. Nenek sedang ______________ nasi di dapur.
4. Hobi datuk saya ialah ______________ ikan.
5. Ikan-ikan ______________ di dalam akuarium.
6. Ying Mei ______________ gambar ahli keluarganya.
7. Pak Cik Lee ______________ ayam di halaman rumah.
8. Murid-murid ______________ semasa membeli makanan di kantin.
9. Murid-murid sedang ______________ buku cerita di perpustakaan.
10. Murid-murid bediri tegak ketika ________________ lagu ‘Negaraku’.
11. Kami sekeluarga sedang ______________ televisyen di ruang tamu.
12. Kita mesti mengamalkan tabiat ______________gigi dua kali sehari.
13. Saya ______________ baju sekolah yang bersih dan kemas ke sekolah.
14. Bapa saya ______________ sebagai guru di SJKC Chung Hwa Belemang.
15. Kakak menolong emak ____________ pinggan dan mangkuk yang kotor itu.

Khamis, 2 Mei 2013

Selasa, 30 April 2013

Persediaan Mengajar Harian





Tarikh/ Hari:   12/2/ 2013  Jumaat                                                            
 Masa  :    9.00 – 11.00                                 
 Kelas      :1 Amanah                                                                    
 Bil. Pelajar :   25 Orang                                                                 
 M/ Pel           :   Bahasa Malaysia                                                                           
Tajuk        :    Cerita Huda      

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:-
1-    Mengajuk bunyi- bunyi yang didengar
2-    Murid- murid dapat menentukan arah bunyi.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah mempelajari mengajuk bunyi- bunyi yang didengar.
Konsep : menyatakan perasaan pelajar.
Bahan :Komputer, LCD, alat muzik, lembaran kerja, borang pentaksiran.
Nilai : Berdikari.
Kemahiran :KBT : Menghubungkait.

Langkah
/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Set Induksi
Senikata lagu Bunyi haiwan
Guru memaparkan senikata lagu Bunyi haiwan
Murid menyanyikan lagu bunyi haiwan dengan bantuan guru
Murid-murid boleh mengecam dan mengajuk bunyi haiwan
Perkembangan
1.    Mengajuk bunyi benda







2.    Menentukan arah  bunyi.




3.    Lembaran kerja
Guru membunyikan benda seperti ketuk pintu, jam loceng, tiupan wisel kucing mengiau dan bunyi burung

Guru menutup mata pelajar kemudian membunyikan alat muzik

Guru mengedarkan lembaran kerja
Murid mengajuk bunyi yang dibuat oleh guru.




Murid- murid  bergerak dengan menentukan arah bunyi.

Murid diminta menandakan perlakuan pada gambar dengan mengikut arahan yang betul.
Murid-murid boleh membezakan antara bunyi benda dan haiwan.


Murid- murid dapat bergerak dengan menentukan arah bunyi.

Instrumen pentaksiran standard prestasi Bahasa Malaysia Tahun 1
( B1 DL1 E1 )
Penutup
Senikata lagu bunyi haiwan
Guru menyanyikan bersama- sama lagu bunyi haiwan
Murid menyanyikan bersama- sama lagu bunyi haiwan
Aktiviti yang dijalankan secara didik hibur.

Isnin, 29 April 2013

Membaca Petikan

B1DB1E2



Minggu lepas ayah membawa kami makan sate. Saya suka makan sate. Kami makan sate ayam, lembu dan kambing.




Murid membaca mengeja perkataan yang disediakan.

Latihan Intraktif







Ahad, 28 April 2013

Bercerita Tentang Gambar

B1DL1E1









Uji Minda Anda

B1DL1E1

Arahan  : Susun huruf supaya menjadi perkataan.

........................................

jawapan



...............................

jawapan :


..................................

jawapan :



Myspace Generators & Toys
..........................
jawapan :

Sabtu, 27 April 2013

Latihan

B2DT1E2



Berdasarkan kad perkataan di atas, bina beberapa ayat mudah.


Contoh : 



Ini bola.



Khamis, 25 April 2013

Jom membaca

B2DB1E1



Bahasa Melayu Tahun 1.
Masa  : 8.15 - 9.15
Kelas  : 1 Melor



Aktiviti : 


1. Guru mengedarkan kad bacaan kepada murid.
2. Murid membaca kad bacaan dengan bimbingan guru.
3. Guru membimbing murid membatang perkataan mengikut suku kata.




Diftong

B2DB2E1


Kemahiran : 1.12  Menyatakan sesuatu yang dilihat dengan betul.

Objektif  : Diharap murid dapat memahami konsep diftong.

BBM  : kad suku kata dan kad gambar.









Rabu, 24 April 2013

Permainan Bahasa




Ini .....................





Ini ...............................





Ini ......................................

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...