Ahad, 14 April 2013

Contoh Rancangan Pengajaran KSSR


   

    Mata pelajaran  : Bahasa Melayu
    Tahun/Kelas      : 1 Bestari
    Masa                :7.45 hingga 8.45 (30 minit )
    Pengetahuan sedia ada murid : Sudah tahu nama buah-buahan

TEMA
Makanan berzat
TAJUK
Buah-buahan




FOKUS UTAMA

Standard Kandungan

1.2
Mendengar, mengecam dan menyebut bahasa iaitu abjad, sukukata,perkataan, frasa dan ayat dengan betul

Standard  Pembelajaran

1.2.4
Mendengar,memahami,menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi frasa dan ayat daripada sukukata terbuka dan tertutup dengan betul.



FOKUS SAMPINGAN

Standard Kandungan

2.2
Membaca dan memahami, menyebut frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.

Standard Pembelajaran

2.2.1
Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi dua atau tiga sukukata,diftong,vokal berganding, diagraf dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul



OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran murid dapat
1. Mendengar dan mengecam perkataan buah-buahan yangditunjukkan.
2.Menyebut dan mengeja perkataan nama buah-buahan yang
    mengandungi sukukata terbuka dan tertutup.
3. Mengeja/menulis nama buah-buahan perkataan dalam   lembaran   
   kerja

PENGISIAN KURIKULUM
1.Ilmu : Sains, Pendidikan Kesihatan
2.Nilai: Kerjasama, menjaga kesihatan
3.KBT:
 KB – mengumpul dan mengelas
SISTEM BAHASA

Tatabahasa: Kata Nama Am
MEDIA
Kad gambar, kad perkataan,lembaran kerja,buah-buahan plastik


Aktiviti

Impak

Induksi set
( 4 minit)
1.Guru menunjukkan satu uncang kain yang mengandungi kad-kad gambar yang kecil.Guru meminta murid secara sukarela tampil ke hadapan untuk mengambil kad-kad tersebut dengan memasukkan tangan mereka ke dalam uncang.
2.Murid diminta mengeluarkan kad tersebut dan menamakannya.Murid tersebut dikehendaki memegang kad tersebut dan berdiri di hadapan kelas.Aktiviti diulangi dengan murid yang lain pula.
3, Guru menolong murid melekatkan kad gambar di papan putih.

Langkah 1
( 8 minit)
1.Murid diminta menyatakan dalam kad gambar di papan putih yang manakah yang boleh dimakan.
Andaian jawapan murid: Buah-buahan.
2.Guru mengedarkan kad gambar buah-buahan kepada murid-murid.Murid-murid yang mendapat kad gambar buah-buahan diminta menulis ejaan nama buah-buahan tersebut di papan putih.
 3. Semua murid mengeja dan membaca ejaan nama buah-buahan di papan putih.

Langkah 2
(7 minit)
1.Guru menunjukkan sebakul buah-buahan dan sayur-sayuran plastik.
2. Murid diminta secara sukarela  mengambil buah-buahan dari dalam bakul tersebut serta menamakan dan mengelaskan mengikut kelompok buah-buahan atau sayur-sayuran.
3.Aktiviti diteruskan dengan murid yang lain .
4. Bersoal jawab dengan murid perihal kepentingan buah-buahan kepada kesihatan kita.

Langkah 3
( 7 minit)
1.Murid diedarkan lembaran kerja yang mengandungi gambar buah-buahan dan sayur-sayuran.
2.Murid diminta mewarnai hanya gambar buah-buahan dan menulis ejaan nama buah tersebut

Penutup
( 4 minit)
1.Murid diberi plastisin. Murid diminta membentuk buah-buahan daripada nya,
2, Pamerkan hasil kerja murid.
3.Guru membuat rumusan tajuk pelajaran hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...